HJ. SHAARI HJ. MOHD YUSOF

June 2017

Apa khabar sekaliannya setelah menyambut hari raya? Moga-moga hari raya tahun ini adalah hari raya yang terakhir bagi kita semua dan semoga tidak ada lagi hari raya sesudahya. Moga-moga inilah hari raya terakhir bagi kita semua mudah-mudahan. Setelah kelihatan anak bulan, jangan biarkan lagi ia muncul sesudahnya. Jangan biarkan anak bulan kelihatan lagi setelah ianya tenggelam dalam ibu bulan. Biarlah selama-lamanya tenggelam dalam ibu bulan. Biarlah cahaya ibu bulan itu tetap kekal bercahaya melindungi, menyelaputi dan meliputi ibu bulan selamanya. Biar cahaya ibu bulan sahaja yang memancar, menyinar dan bercahaya di seluruh alam kehidupan kita semua. Biar kapas sahaja yang terzahir pada sekalian baju. Biar api sahaja yang kelihatan setelah besi tenggelam karam ke dalam api (jangan sampai kelihatan besi). Tenggelam baju ke dalam kapas dan tenggelamkan dirimu ke dalam Nur Allah. Karamkan garam ke dalam lautan masin biar yang kelihatan hanya masin. Sekalipun kalian memakai baju, hendaknya jangan terlupa kepada kapas dan sekalipun melihat alam jangan sekali-kali lupa bahawa yang melihat itu sesungguhnya adalah juga yang dilihat. Ingat pesanan ayahanda itu. Sematkan dalam dada buat selamanya dan pesan kepada anak isteri bahawa hari raya ini adalah hari raya terakhir bagi kita yang tenggelam dalam ibu bulan.

Salam Hari Raya dari saya ayahanda Hj. Shaari.

Bila ingat kepada Allah, membuatkan kita lalai kepada yang lain sekalipun benda itu haram.



Ketika Rabiah menderita sakit tenat, ditanya kepadanya apakah penyebab penyakitnya itu. "Aku telah melihat syurga dan Allah telah menghukum diriku.", jawab Rabiah. Kemudian Hasan Al-Basri datang untuk mengunjungi Rabiah. Aku mendapati salah seorang pemuka Kota Basrah berdiri menunggu di pintu pertapaan Rabiah. Dia hendak memberikan sebekas emas kepada Rabiah dan dia menangis. Aku bertanya kepadanya, "Mengapakah engkau menangis?", jawabnya, "Aku menangis kerana wanita solehah zaman ini. Kerana jika berkah hidupnya tiada lagi, celakalah umat manusia. Aku telah membawa wang sekadar untuk membiayai perawatannya tetapi aku khuatir kalau-kalau Rabiah tidak mahu menerimanya. Pujuklah Rabiah agar dia mahu menerima wang ini". Maka masuklah Hasan Al-Basri ke dalam pertapaan Rabiah dan memujuknya untuk menerima wang itu. Rabiah memandang Hasan dan berkata, "Dia telah menafkahi orang-orang yang menghujah-Nya. Apakah Dia tidak akan menafkahi orang-orang yang mencintai-Nya? Sejak aku mengenal-Nya, aku telah berpaling dari manusia ciptaan-Nya. Aku tidak tahu apakah kekayaan seseorang itu halal atau tidak, maka betapakah aku dapat menerima pemberiannya? Pernah aku menjahit pakaian yang koyak dengan diterangi lampu dunia. Beberapa saat hatiku lalai tetapi akhirnya aku pun sedar. Pakaian itu kukoyak semula kepada bahagian-bahagian yang telah kujahit itu dan hatiku menjadi lega. Mintalah kepadanya agar dia tidak membuat hatiku lalai lagi".




PENGAJARAN:



"Aku menangis kerana wanita solehah zaman ini dan jika berkah hidupnya tiada lagi, celakalah umat manusia."



Ayat-ayat di atas adalah bagi menggambarkan kemuliaan seorang perempuan berbanding lelaki. Bagi sisi Allah Taala, tidak ada bezanya antara lelaki dengan perempuan yang penting dan yang membezakan seseoranng itu, adalah dari segi takwa (ketakwaan kepada Allah). Oleh itu, kepada kaum hawa (kaum perempuan), saya menyeru, marilah dan tuntutlah ilmu makrifat, sebagaimana kaum lelaki. Dari segi ilmu ketuhanan ianya bukan terhad kepada kaum lelakli sahaja. Adapun ilmu Allah itu, adalah untuk semua.



"Dia telah menafkahi orang-orang yang menentang-Nya. Apakah Dia tidak akan menafkahi orang-orang yang mencintai-Nya?"



Selalunya kita dengar bahawa kita hanya mencintai orang atau guru yang menjanjikan kita syurga, pahala dan ganjaran. Jarang orang mencintai guru yang tidak menjanjikan syurga, pahala atau ganjaran. Adapun guru makrifat seperti mana Rabiah, ajarannya tidak menjanjikan syurga, pahala atau ganjaran atau takutkan neraka. Guru makrifat yang dibenci orang itu, adalah guru yang tidak menjanjikan balasan. Oleh itu, mulai hari ini, dengan mengambil pengajaran dari kisah wali Allah Rabiah itu, marilah kita mencintai guru-guru yang tidak menjanjikan syurga tetapi menjanjikan pemiliknya syurga, tidak menjanjikan pahala tetapi menjanjikan pemiliknya pahala. Kebanyakan guru hari ini, adalah guru yang menghitung pahala. Buat itu sekian pahala dan buat ini sekian pahala, sekian ganjaran dan sekian balasan, pahala itu dan pahala ini. Bagi guru makrifat, mereka hanya tahu Allah, iaitu mencintai pemilik dan pencipta pahala, pencipta syurga dan pencipta ganjaran.



"Sejak aku mengenal-Nya, aku telah berpaling dari manusia ciptaan-Nya."



Bagi Rabiah dan bagi mereka-mereka yang telah sampai kepada kemuncak makrifat kepada Allah Taala, hati mereka itu, tidak lagi tertambat kepada alam makhluk dan tidak lagi terikat kepada dunia. Mereka-mereka yang mengenal Allah, tidak lagi tertambat kepada pujian, pujaan, sanjungan atau sanjungan manusia. Tidak tertambat dan tidak tersanjung dengan pangkat ustaz, pangkat pak imam, pangkat tok kadi atau pangkat penceramah agama. Tetapi lebih memandang kepada pemberi pangkat dan melihat kepada pencipta pangkat.



"Pernah aku menjahit pakaian yang koyak dengan diterangi lampu dunia. Beberapa saat hatiku lalai tetapi akhirnya aku pun sedar. Pakaian itu kukoyak semula."



Pengajaran dari kisah Rabiah itu, mengajar kita betapa orang dahulu (ulama-ulama) zaman dahulu tidak lupa kepada Allah Taala. Erti lampu dunia itu, bukan bererti merujuk kepada cahaya matahari tetapi ianya merujuk kepada pancaroba dunia (kesenangan dunia) atau merujuk kepada keindahan dunia. Walau sesaat lupa kepada Allah, ulama dahulu sudah menganggapnya suatu dosa besar dan suatu kesalahan besar. Sehingga kain yang sudah dijahit pun dikoyaknya semula bagi menunjukkan bahawa jika pekerjaan, amalan atau ibadah yang tidak disertai ingat kepada Allah itu, seumpama tidak bermakna. Tetapi orang zaman sekarang beribadah kepada Allah atau mengerjakan amal itu, hanya sekadar tangkap muat saja (buat sekira-kira buat), tanpa mengira sama ada kenal atau tidak tuan yang disembah. Solat tanpa mengenal Allahpun dianggap sudah sempurna dan sudah cukup untuk mendapatkan syurga. Sedangkan Allah yang hendak disembah itu, tidak pernah diambil kenal. Bagi wali Allah Rabiah, pekerjaan yang tidak disertai ingat kepada Allah itu, dikira tidak halal dan haram.



"Mintalah kepada Allah agar Dia tidak membuat hati kita lalai lagi."



Untuk ingat kepada Allah itu, bukan dengan kerana pegang buah tasbih dan bukan kerana berdiri solat. Orang yang sedang pegang buah tasbih dan orang yang sedang berdiri solatpun, ada yang langsung tidak ingat Allah. Untuk ingat kepada Allah itu, bukan dengan kerana sebut namanya tetapi hendaklah ingat dengan cara mengenal. Ingat kepada Allah itu, bukan datangnya dari diri kita dan bukan datang kerana inadah atau bukan kerana buah tasbih. Ingat kepada Allah itu, adalah didatangi oleh Allah sendiri. Hanya Allah yang memberi kita ingat kepada diri-Nya (hanya Allah ingat kepada Allah). Diri kita tidak berkuasa ingat kepada Allah kalau Allah sendiri yang tidak mendatangkan ingatan itu.



Otak tidak boleh ingat kepada Allah kerana otak kita adalah makhluk. Makhluk mana mungkin boleh sampai kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang sampai kepada tahap Allah.
















Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Di tengah perjalanan tadi aku bertemu dengan seorang pemikul air. Maka diberinya aku seteguk air yang menyegarkan. Aku mengarahkan kawanku memberikan sekeping wang dinar kepadanya. Tetapi pemikul air itu menolak, dia tidak mahu menerima wang itu dan berkata kepadaku, "Engkau adalah seorang tawanan yang dibelenggu. Bukanlah dikatakan seorang lelaki sejati apabila menerima sesuatu dari seseorang yang terpenjara seperti engkau ini, seorang asing yang sedang dibelenggu". Setelah itu diperintahkan supaya Zun Nun dimasukkan ke dalam penjara. Selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya dia tinggal dalam penjara itu. Setiap hari saudara perempuannya menghantarkan sekerat roti yang telah dibelinya dengan upah dari memintal benang. Ketika Zun Nun dibebaskan, kesemua empat puluh potong roti itu masih ada. Ketika saudara perempuan Zun Nun mendengar hal ini, dia menjadi sangat sedih, "Engkau tahu bahawa roti-roti itu adalah halal dan tidak kuperoleh dengan jalan meminta-minta. Mengapa engkau tidak mahu memakan roti-roti pemberianku itu?". "Kerana pinggannya tidak bersih.", jawab Zun Nun.



Yang dimaksudkannya itu adalah bahawa pinggan tersebut telah dipegang oleh penjaga penjara. Pengajaran sekerat roti sudah cukup baik hasil dari titik peluh yang halal tetapi persoalannya di sini cara penghantarannya iaitu yang dipegang oleh yang tidak suci, menyebabkan ditolak keseluruhannya. Begitu juga dalam kita beribadah. Kelihatan ibadah itu baik dan sempurna, cukup dengan syarat dan rukunnya, namun kalau ibadah yang datangnnya dari seorang yang busuk hatinya (tidak ikhlas) membuatkan keseluruhan ibadah itu cacat dan tercela. Ibadah yang baik itu adalah ibadah yang baik pada mulanya dan baik pada akhirnya. Begitu juga wang ringgit yang diperolehi dari hasil curi kemudian kita dirikan masjid atau digunakan untuk menunaikan haji. Kelihatan membina masjid dan menunaikan fardu haji itu baik, namun sebenarnya bukan bertambah pahala sebaliknya membuatkan kita bertambah dosa. Berdosa bila mendirikan masjid dengan menggunakan wang curi. Buat masjid sepatutnya mendapat pahala sebaliknya kita akan mendapat dosa bila menggunakan wang curi untuk mendirikan masjid. Begitu juga dengan cerita Zun Nun yang menolak roti yang piringnya dipegang oleh orang yang tidak bersih. Pengajaran sekerat roti sudah cukup baik hasil dari titik peluh yang halal tetapi persoalannya di sini cara penghantarannya iaitu yang dipegang oleh yang tidak suci, menyebabkan ditolak keseluruhannya.



Yang keduanya pengajaran yang dapat kita kutip dari kisah di atas adalah seseorang yang suka mengerjakan ibadah-ibadah fardu yang wajib tanpa melihat pekerjaan ibadah-ibadah yang kecil (sunat) atau perbuatan-perbuatan yang kecil, membuatkan pekerjaan yang besar tidak sempurna. Seperti orang bersolat lima waktu sehari semalam tetapi dalam masa yang sama mulutnya suka mengumpat, tangannya suka mencuri dan sifatnya tidak pemurah sehingga tidak ada sedekah dari tangannya walaupun satu ringgit. Seperti membuang putung rokok merata-rata, membuang air dengan tidak menjirus selepasnya. Begitu juga membeli barang makanan untuk anak isteri dengan wang rasuah, wang curi atau wang riba. Kelihatannya seperti kecil namun ianya memberi impak yang besar. Kita pergi kerja untuk mencari makan, dalam masa yang sama sebelum ke tempat kerja, kita terlebih dahulu bergaduh dengan memukul isteri dengan sepak terajang. Ini semua kena ambil kira untuk mendapat pahala besar dalam bersolat, pahala besar dalam puasa. Jangan meninggalkan perkara-perkara yang kecil bagi mendapat yang besar.
















Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Ahmad Bin Hambal sering mengunjungi Bisyr. Dia begitu mempercayai kata-kata Bisyr sehingga murid-muridnya pernah menegur sikapnya itu, "Pada zaman ini, tidak ada orang yang dapat menandingimu di bidang hadis, hukum, teologi dan setiap cabang ilmu pengetahuan, tetapi setiap saat engkau menemani seorang pemabuk, betulkah tindakanmu itu?". "Mengenai setiap bidang yang kamu sebutkan tadi, aku memang lebih mengetahui daripada Bisyr, tetapi mengenai Allah dia lebih mengetahui daripadaku.", jawab Ahmad Bin Hambal.

Dari segi keduniaan, mungkin kita lebih tinggi berbanding orang tetapi berkemungkinan orang lain lebih tinggi dari segi ilmu Allah. Dalam kita berguru, jangan ingat kita melebihi guru walau setinggi manapun ilmu kita. Mungkin kita lebih dari segi ilmu dunia tetapi guru kita lebih dari segi ilmu ketuhanan (mengenal Allah, walau sekalipun kelihatan guru kita itu jahil (peminum arak seperti Bisyr).

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget