HJ. SHAARI HJ. MOHD YUSOF

Tidak Sempurna Yang Kecil, Maka Tidak Sempurnalah Yang Besar

Di tengah perjalanan tadi aku bertemu dengan seorang pemikul air. Maka diberinya aku seteguk air yang menyegarkan. Aku mengarahkan kawanku memberikan sekeping wang dinar kepadanya. Tetapi pemikul air itu menolak, dia tidak mahu menerima wang itu dan berkata kepadaku, "Engkau adalah seorang tawanan yang dibelenggu. Bukanlah dikatakan seorang lelaki sejati apabila menerima sesuatu dari seseorang yang terpenjara seperti engkau ini, seorang asing yang sedang dibelenggu". Setelah itu diperintahkan supaya Zun Nun dimasukkan ke dalam penjara. Selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya dia tinggal dalam penjara itu. Setiap hari saudara perempuannya menghantarkan sekerat roti yang telah dibelinya dengan upah dari memintal benang. Ketika Zun Nun dibebaskan, kesemua empat puluh potong roti itu masih ada. Ketika saudara perempuan Zun Nun mendengar hal ini, dia menjadi sangat sedih, "Engkau tahu bahawa roti-roti itu adalah halal dan tidak kuperoleh dengan jalan meminta-minta. Mengapa engkau tidak mahu memakan roti-roti pemberianku itu?". "Kerana pinggannya tidak bersih.", jawab Zun Nun.



Yang dimaksudkannya itu adalah bahawa pinggan tersebut telah dipegang oleh penjaga penjara. Pengajaran sekerat roti sudah cukup baik hasil dari titik peluh yang halal tetapi persoalannya di sini cara penghantarannya iaitu yang dipegang oleh yang tidak suci, menyebabkan ditolak keseluruhannya. Begitu juga dalam kita beribadah. Kelihatan ibadah itu baik dan sempurna, cukup dengan syarat dan rukunnya, namun kalau ibadah yang datangnnya dari seorang yang busuk hatinya (tidak ikhlas) membuatkan keseluruhan ibadah itu cacat dan tercela. Ibadah yang baik itu adalah ibadah yang baik pada mulanya dan baik pada akhirnya. Begitu juga wang ringgit yang diperolehi dari hasil curi kemudian kita dirikan masjid atau digunakan untuk menunaikan haji. Kelihatan membina masjid dan menunaikan fardu haji itu baik, namun sebenarnya bukan bertambah pahala sebaliknya membuatkan kita bertambah dosa. Berdosa bila mendirikan masjid dengan menggunakan wang curi. Buat masjid sepatutnya mendapat pahala sebaliknya kita akan mendapat dosa bila menggunakan wang curi untuk mendirikan masjid. Begitu juga dengan cerita Zun Nun yang menolak roti yang piringnya dipegang oleh orang yang tidak bersih. Pengajaran sekerat roti sudah cukup baik hasil dari titik peluh yang halal tetapi persoalannya di sini cara penghantarannya iaitu yang dipegang oleh yang tidak suci, menyebabkan ditolak keseluruhannya.



Yang keduanya pengajaran yang dapat kita kutip dari kisah di atas adalah seseorang yang suka mengerjakan ibadah-ibadah fardu yang wajib tanpa melihat pekerjaan ibadah-ibadah yang kecil (sunat) atau perbuatan-perbuatan yang kecil, membuatkan pekerjaan yang besar tidak sempurna. Seperti orang bersolat lima waktu sehari semalam tetapi dalam masa yang sama mulutnya suka mengumpat, tangannya suka mencuri dan sifatnya tidak pemurah sehingga tidak ada sedekah dari tangannya walaupun satu ringgit. Seperti membuang putung rokok merata-rata, membuang air dengan tidak menjirus selepasnya. Begitu juga membeli barang makanan untuk anak isteri dengan wang rasuah, wang curi atau wang riba. Kelihatannya seperti kecil namun ianya memberi impak yang besar. Kita pergi kerja untuk mencari makan, dalam masa yang sama sebelum ke tempat kerja, kita terlebih dahulu bergaduh dengan memukul isteri dengan sepak terajang. Ini semua kena ambil kira untuk mendapat pahala besar dalam bersolat, pahala besar dalam puasa. Jangan meninggalkan perkara-perkara yang kecil bagi mendapat yang besar.
















Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget