Pengajaran Pertama:
Pengajaran yang dapat kita kutip dari cerita di atas ialah dalam kita menjadi guru, belum tentu seorang guru itu dapat memberi faham kepada muridnya. Menjadi seorang guru, belum tentu memiliki murid yang benar-benar mahu belajar. Lihatlah Zun Nun yang mengajar murid-muridnya selama tiga puluh tahun namun hanya ada seorang murid sahaja yang benar-benar taat dan patuh kepada ilmu yang diajarnya. Tidak hairanlah guru-guru makrifat sekarang tidak mempunyai murid yang ramai. Sungguhpun memiliki murid yang ramai namun belum tentu mempunyai murid yang faham. Apa lagi guru yang mengajar ilmu makrifat, pada kebiasaannya tidak memiliki murid yang ramai. Lihatlah wali Allah Zun Nun sendiri yang mengajar selama tiga puluh tahun, hanya satu orang sahaja yang faham. Apa lagi guru makrifat seperti kita.
Pengajaran Kedua:
Mengajar atau belajar ilmu itu ada dua jalan, dua kaedah, dua cara dan ada dua pendekatan ilmu. Ada jalan yang kecil dan ada jalan yang besar. Jalan kecil di sini bermaksud jalan ilmu syariat (jalan ilmu kulit) dan jalan besar di sini bermaksud ilmu makrifat (jalan ilmu isi). Jalan yang kecil (jalan ilmu syariat) adalah jalan dengan meninggalkanlah dunia dan meninggalkan hawa nafsu. Manakala jalan yang besar (jalan ilmu makrifat) adalah jalan yang meninggalkanlah segala sesuatu kecuali Allah (kosongkanlah hatimu). Barang siapa yang memilih jalan yang kecil (ilmu syariat) mereka tidak akan sampai kepada jalan yang besar. Sebaliknya barang siapa yang memilih jalan yang besar (ilmu makrifat), bermakna kita sudah memilih kedua-dua jalan (jalan kecil sudah termasuk dalam jalan yang besar). Kitalah yang menentukan jalan mana yang hendak kita pilih.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.