Dengan penuh belas kasihan, orang alim itu memandang orang-orang yang berdoa di situ, kemudian memandang ke atas, setelah itu semua orang yang menderita sakit itu ditiupnya beberapa kali dan semuanya sembuh dari penyakit mereka. Ketika orang alim itu hendak kembali ke tempat suluknya, aku segera menarik pakaiannya dan berkata, "Demi kasih Allah, engkau telah menyembuhkan penyakit-penyakit yang nampak oleh mata kasar tetapi sekarang sembuhkanlah penyakit di dalam batinku ini". Sambil memandang diriku orang alim itu berkata, "Zun Nun, lepaskanlah tanganmu dariku. Dia Yang Maha Besar mengawasi dari pundak kebesaran dan keagungan-Nya. Jika Dia melihat ada seseorang yang bergantung kepada selain daripada-Nya, pasti Dia akan meninggalkan dirimu bersama orang-orang itu, maka malanglah engkau di tangan orang itu.", setelah berkata demikian, dia pun kembali ke tempat dia bersuluk.
Pengajaran pertama, untuk mengubati atau untuk menyembuhkan penyakit luaran (zahir) memang ramai yang tahu. Namun tidak ramai yang boleh mengubati penyakit dalaman (batin) yakni penyakit untuk mengenal Allah. Ilmu zahir memang ramai yang tahu tetapi yang susahnya adalah untuk mencari Ilmu Makrifatullah iaitu Ilmu Mengenal Allah.
Pengajaran kedua, janganlah kita bergantung harap kepada sesama makhluk. Manusia adalah makhluk yang lemah, adalah lebih baik kita mohon pertolongan terus kepada Allah Taala tanpa melalui makhluk yang bernama manusia. Pertolongan dan kebergantungan daripada Allah lebih menjamin kita.
Jangan kita berharap kepada suami, jangan kita berharap kepada isteri, jangan kita berharap kepada anak-anak, jangan kita berharap kepada simpanan harta benda, jangan kita berharap kepada kecantikan dan jangan kita berharap kepada kesihatan tubuh badan. Ini kerana, suatu hari kelak semua itu akan meninggalkan kita. Marilah kita sama-sama berharap hanya kepada Allah kerana Allah Taala tidak akan pernah meninggalkan kita.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.